KAWAN :)

Aku bukan seperti masa silamku.

Bermula dengan celiknya mata di pagi hari.. hingga terpejamnya mata di waktu malam.. Setiap manusia akan berhadapan dengan bermacam-macam pilihan. Nak bangun pukul berapa?? Nak pakai baju warna apa?? Nak makan apa ?? Nak buat apa hari ini?? Nak pilih yang mana satu ?? Lihat . Banyak kan pilihan yang kita boleh buat. Semuanya terpulang pada diri kita sendiri untuk memilih sama ada itu dan ini. Pendek kata, aktiviti membuat pilihan bukanlah suatu yang asing tetapi sudah sebati dan menjadi rutin kita.

Sebab itu jalan cerita kehidupan setiap manusia berbeza. Ada zaman silamnya dipenuhi dengan noda dan dosa. Ada pula yang dilimpahi 1001 kenangan manis terindah. Dan ada yang diselingselikan dengan pelbagai ujian dan cabaran sehingga membuatkan jiwa seseorang insan itu begitu kental sekali menghadapinya. Namun begitu, saya percaya kita sebagai tidak akan lepas dari ujian , dugaan dan cabaran dalam kehidupan.

Tetapi, dalam banyak-banyak aktiviti memilih jalan kehidupan yang paling susah ialah sama ada mahu memilih islam yang jelas sebagai jalan hidup atau menelusuri jalan jahiliyyah yang penuh tipu daya.

Apakah yang dimaksudkan dengan jalan-jalan ini?

Apabila kita memilih islam sebagai jalan hidup, secara automatiknya kita sedang menjauhi jalan jahiliyyah. Dan apabila kita tidak memilih islam sebagai jalan yang patut dilalui, secara automatik jugalah kita sedang menjejak di jalan jahiliyah.
Jadi, Allah pilih kita untuk lakukan sesuatu mesti Dia tahu kita boleh lakukan.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah ayat 286)


Kalau tak, kita tak akan dipilih oleh-Nya untuk terus hidup di muka bumi ini. Walaupun diri kita ini kotor, jijik dan penuh berdosa namun kita tetap masih ada peluang untuk berubah menjadi lebih baik. Kadang-kadang orang yang dulunya jahat sentiasa berlumuran dengan dosa adalah orang yang lebih baik daripada orang yang baik.Betul tak? Biarkan hati sembuh dari luka lama.Jangan biarkan diri terus dihimpit luka yang tak sudah. Bangkitlah semula. Buktikan kepada Allah kita hamba yang reti bersyukur kepada-Nya. Kita tidak akan sesekali mensia-siakan peluang bertaubat yang diberi-Nya berkali-kali.

"Orang yang BERJAYA ialah orang yang MEMAKSA DIRInya BERUBAH manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!"

Hidup ini adalah perubahan. Kata bijak pandai, yang tidak berubah hanyalah perubahan. Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal.

Dan kita bukan seperti masa silam. Kita adalah kita yang sekarang!

ILUVISLAM.
Keterpaksaan kunci kepada keikhlasan!
Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

No comments:

Post a Comment