KAWAN :)

Waktu Dhuha..

Alahamdulillah..sehingga hari ini aku diberi kesempatan untuk terus bernafas menghirup udara yang segar. Bunyi-bunyi burung berterbangan mengasyikkan lagi mood aku untuk menulis. Cuaca pagi yang cantik aman dan damai menaikkan aura positif dalam diri.. Wah nikmat nya dapat pulang ke rumah dan menikmati kehidupanku di rumah.. Sedang aku asyik menelaah menghayati sebuah buku dari Telaga Biru yang bertajuk Gen-Q edisi baru..Tiba-tiba aku ternampak satu tajuk yang menarik minat aku untuk membacanya.. Teks nya telah memberikan aku motivasi dan semangat untuk terus berjihad di jalan Allah.. Dalam teks itu terungkai rahsia pada waktu pagi.. Benar.. waktu pagi sememangnya cantik ditambahi dengan bunyian burung yang asyik sibuk mencari rezeki untuk anaknya menggamitkan suasana pada waktu pagi.. Namun ada rahsia disebalik waktu itu.. waktu itu dipanggil waktu dhuha . Dimana Allah telah bersumpah dipermulaan surah al dhuha dengan waktu dhuha.. Sumpah Allah pada surah itu bukan mainan ataupun mitos semata.. Tetapi ianya benar belaka.. "aku berjaga sampai lewat malam untuk mengulang kaji pelajaran. Namun , tiada perubahan yang maksimum untuk usaha aku ini . Adakah ada waktu yang lebih berkat untuk aku lakukan semua ini ? " -Ya semangnya ada dan waktu dhuha ini lah jalan penyelesaian untuk semua ini. Hanya dengan solat sunat dhuha dua rakaat dapat menenagkan fikiran kita.. dapat membuatkan kita lebih berfikir dengan tajam .. Roh solat dhuha dapat menjernihkan fikiran kita dari segala kekusutan. Pada waktu ini lah insyaallah apa sahaja doa kita akan dimakbulkan.. Tetapi dengan syarat ikhlaskan hati sebelum melakukannya.. Apa yang tertulis ini merupakan peringatan untuk diri sendiri yang mudah lupa dan juga buat renungan untuk pembaca ruangan ini.. JOM SOLAT DHUHA :)
Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

No comments:

Post a Comment