KAWAN :)

S A M T K ;)

Bismillahirrahmanirrahim .



Terasa rindu aku pada madrasah ini. Memang la sekolah ini tak la sehebat dan semegah SBPI atau SMKA atau MRSM yang lain. Tapi aku berbangga dapat bersekolah di sini. Kehidupan masa muda remaja aku bermula di sini. Kata orang masa muda masa yang berapi-rapi. Setuju ? ye aku sangat setuju! Memang sangat berapi. Malanglah bagi orang yang tak reti mengawal masa muda mereka. Kalaulah masa itu boleh berpatah balik , ingin aku kembali ke masa lalu dan betulkan apa yang salah. Tapi semua itu hanya mimpi. Tak kan nya masa itu boleh berpatah balik.

Nilai diri kita terletak pada macam mana diri kita yang sekarang bukan diri kita yang sebelum ini. Oleh itu, aku berpesan kepada sesiapa yang masih berada di sekolah ini, masih menuntut sebagai seorang pelajar , manfaatkan masa yang ada di sekolah ini. Jangan menjadi seperti angin . Bila ada angin kuat kekiri ia pun kekiri, bila kekanan ia pun kekanan. Sama lah seperti kita manusia. Bila kawan buat macam tu , kita pun nak ikut. Kononnya trend. Padahal semua tu hanya buat kita hanyut. Kalau perkara baik , Alhamdulillah lah. Oke dah tutup sesi MOTIBASI. Hihi.

Pada tarikh 5 jun 2012 aku telah pergi ke sekolah untuk buat research perbandingan tahun sebelum dan sekarang. Aku lihat sekolah ini dah berubah. Semakin cantik dan ayu. Hihi. Tak caye ? Tengok ni!



Kan ayu kan ? haha. dah ada pondok baru . wah wah .Sodap lending kat sini. Bukan ni ja ada banyak lagi perubahan. Warna warni pulak aku tengok sekolah ni dah . COMEL ! deko sana sini. Semakin ceria sekolah ini. Banyak yang dah berubah kot. Bunga-bunga pun dah banyak. Cantik-cantik! Kalah sekolah aku yang sekarang. Hihi. Yeahhh! Nak tahu lagi tak perubahan dekat sini ? Jom tengok ni!



Cuba teka apa ni ? hee. Ni koperasi. wohh Dah maju . Dulu biasa ja . Kecil ja koperasi. Sekarang dah maju ada guide antara muslimin dan muslimat pulak tu. Untung lah batch lain. Hee. Kalau tak salah, dulu ini bilik AADK . Sekarang lain dah. Mesti makin banyak kan makanan ? haha. Teringat. Dulu suka makan coklat yang bulat-bulat tu. SEDAP! Rindu coklat tu. haha.

Nak tahu lagi ke ? Seterusnya , wah wah MUSOLLA tercinta sedang dalam proses penambahbaikan. Tempat wuduk muslimin dah makin besar. Ada paip kat luar. UNTUNGLAH LELAKI :P Dalam musolla pun aku tengok ada pekerja yang sedang buat kerja. Memang lah buat kerja takkan tido kot. Hee. Yang musolla ni aku tak tahu lah apa jadinya. Mesti cun habis lah nty. OK tak apa. Aku akan datang lagi untuk lihat perkembangan musolla ni. Mungkin tahun depan. Masa tu aku da free ! yeahhh .



Hah . Tu je lah yang boleh aku cerita siket. Mungkin akan ada banyak lagi transformasi yang akan dibuat dari semasa ke semasa. Tunggu dan lihat ja lah . Serius aku rindu sangat dengan kawan-kawan samtk batch 2010. Walaupun aku tak rajin contact korang tapi aku ingat lah korang selalu. Aku doakan kawan-kawan aku semuanya berjaya.

Kepada HIDAYAH ARIFF , HUSNA dan NABILAH RUHNI yang akan pergi ujian kelayakan ke MESIR. GOOD LUCK. Nanti dapat pi mesir bagi tahu aku. Minta restu ! haha.



kawan ohh kawan .




Hanya tinggal kenangan! hee sweet memories . A L W A Y S !
Ok, Sekian laporan daripada saya di ruangan QASEHSUCIKU.com.
ASSALAMUALAIKUM >__<




Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

No comments:

Post a Comment