KAWAN :)

Pengalaman

Assalamualaikum .

Lama sudah ana tak update blog. hehe.
Alhamdulillah sekarang baru ada masa untuk blog.
Apa yang ana nak cerita disini ialah mengenai pengalaman ana pergi mengembara menimba ilmu di negeri orang. Memang la betul pengalaman itu tak boleh dijual beli. Pertama sekali, terima kasih kepada Mak dan Ayah kerana membenarkan anak nya ini pergi ke sana walaupun jauh.

Tempat apa yang ana pi ? >>> Pondok Baitul Qura' Wal fuqoha,Payasum,Melaka. Ana tidak pernah menyangka bahawa kaki ini akan menjejaki BUMI BERTUAH itu. As I said, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita . Perjalanan ke sana penuh dengan mehnah dan tribulasi. Memang la, kita ni kalau nak buat benda baik mesti ada sahaja halangan nya. kan kan ? Sampai satu saat ana dah surrender tak mahu pi. Pedih hati ni. Tapi Alhamdulillah Allah bagi jalan penyelesaian and Finally sampai juga ke tempat yang dituju. Alhamdulillah.


Pertama kali menjejakkan kaki, terasa tenang dihati ini. Apa yang ana mahu telah pun Allah kabulkan. Segala tanda tanya mengenai rahsia hidup ana telah terjawab. ULAMA'?? rupa-rupanya Allah nak bagi ana duduk ditempat para ulama' berkumpul.Subhanallah. Bergetar rasa dihati ini. Hanya Allah yang tahu.

Disana ana belajar dua kitab iaitu FEQAH dan DAKWAh. Alhamdulillah dalam masa dua minggu sahaja ana sudah khatam dua kitab tersebut. Banyak yang ana pelajari disana. Di sana jugalah ana belajar erti sabar dan tawadhu'. Terima kasih kepada mudir pondok Us Zul . Ana juga belajar adab-adab seorang murid terhadap TOK GURU. Baru ana terasa selama ini kurang adab rupanya aku bila bersama guru. Hinanya diri ini.

Hati ini juga tersentuh melihat wanita-wanita di sana ramai yang memakai purdah tidak kiralah pelajar pondok itu sendiri atau warga kampung di sana. Terasa asing diri ini bila melihatnya. Sungguh gugur hati ini hanya Allah yang tahu.

Di sana ana juga berpeluang berjumpa dan mendengar nasihat-nasihat daripada Ulama dunia iaitu Sheikh Ali Al Sabouni , Habib Kazim , Sheikh Nuruddin dan sheikh yang lain. Betapa beruntungnya diri ini kerana diberi peluang untuk menjaga anak-anak sheikh Nuruddin. Ya Allah, pada awalnya ana hampa kerana tidak dapat duduk straight dengan Ulama ini. Tapi bila hati ini sayu dan pergi membawa diri kau berikan pula aku kesempatan untuk menjaga anak sheikh Nuruddin. Gembira bukan kepalang aku ini. Dapat menyentuh anak dan cucu keturunan Nabi Muhammad SAW.

Aku sangkakan hidup aku bermusafir bersama sahabat-sahabat ku akan susah di sana. Mana tidaknya pergi ke sana tanpa ada orang yang berpengalaman ke sana. Tapi Alhamdulillah Allah telah mentakdirkan supaya kami dimudahkan dalam perjalanan musafir di sana. Pergi dan pulang dengan rancangan yang caca merba sahaja tapi satu-satu Allah berikan kami jalan dan nikmat yang sempurna bagi kami. Pulangnya kami juga dengan perasaan yang selamat dan gembira. Pertemuan kami dengan seorang Cikgu dan suaminya yang baik hati di sana sangat memberi makna kepada kami. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Jazakumullahu khairan kathiran.

Terima Kasih Ya Allah!

Sekian dahulu tinta daripada Qaseh.
Hanya satu pesanan ku, Percayalah kepada Allah kerana DIA lah yang lebih mengetahui akan nawaitu setiap Hambanya . Semuanya Kerana Allah . Alhamdulillah .wassalam..


















Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

No comments:

Post a Comment