KAWAN :)

Anugerah ~



Bismillahirrahmanirrahim..

Pertama sekali aku bersyukur kepada Allah kerana alhamdulillah sehingga saat ini aku masih diberi peluang bernafas di Bumi Nya. Alhamduliilah Allah jualah yang memberi kan aku seribu macam rasa sepanjang hidupku. Alhamduliilah macam macam nikmat telah Allah berikan kepada aku yang lemah ini. Alhamduliilah macam macam pengalaman juga telah Allah berikan kepada aku . Pengalaman itu mendewasakan aku. Walaupun pada zahirnya aku tak macam orang dewasa pun. Masih kecil lagi. Masih dahagakan ilmu masih dahagakan kasih sayang . Tanpa pengalaman tak mungkin aku bisa jadi lebih tabah dari sebelum ini. Aku akui aku perasan ada perubahan dalam diri aku selepas beberapa tahun . Alhamdulillah. Aku bukan lagi aku yang dulu. Cengeng kuat nangis lemah cepat tepedaya cepat putus asa. Alhamduliilah Allah baik Allah kurniakan aku ramai kawan2 yang kuat semangat yang tak putus asa . Macam kwn2 dekat KISAS. Aku sayang mereka sangat2. Di saat aku lemah aku putus asa aku menagis mereka datang mereka ingatkan aku yang Allah tu maha Mengetahui. Allah jua Maha mendengar setiap rintihan hambanya. Maka aku jadi terlebih kuat. Alhamduliilah jua disana aku dapat murabbi yang sering menasihati memarahi. kalau tak ada mereka mungkin aku seorang yg lemah cpt ptus asa.

Selain kawan2 dan murabbi. Ada seorang yang Allah datang kan untuk aku. Kedatangan dia tak aku duga. Dlam dia tak sedar dia banyak memerikan aku semngt walaupun dia tak perasan . Bagi aku stiap kata kata dia memberikan semngt untuk aku. Tingkahnya yang kadang2 sombong berlagak menarik perhatian aku . Kata kataya menguatkan aku . Aku pun tak sangka aku boleh kenal dan rapat dengan orang macam dia. Kdang aku terfikir layakkah aku ini nak mengharap dari insan sepertinya sedangkan aku hanya lah insan yang biasa sahaja. Tak sepandai mereka mereka. Tak secantik mereka mereka. Aku sendiri tak tahu apa akan jadi pada aku pada dia. Aku tahu dia tak pernah mengharapkan apa apa pun dari aku. Sejujurnya aku agak keliru dengan dia . Tapi aku tabahkan juga hati aku melayan segala karenah dia kesombongan dia . Aku tahu dia tak pernah sedar semua ni. Tapi tak apa Allah kan ada :)

Baru baru ini aku dapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu. Pantai timur tu. Pada Awalnya aku gembira sebab akhirnya aku dapat juga menjejakn kaki ke Universiti. Memang inilah impian aku dulu. Tapi aku tak sangka dapat jauh ke pantai timur. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Alhamduliilah aku akan menjadi seorang mahasiswi dalam bidang Ijazah sarjana Muda Pengajian Islam Usuluddin selama tiga tahun setengah. Satu tempoh yang aku rasa tak terlalu lama. Tapi tak juga terlalu cepat. Pada awalnya juga aku tak berapa nak menceburkan diri aku dalam bidang usuluddin. Tapi entah Allah bagi juga aku bidang ini. Bidang yang Mak ayah aku nak sangat aku ambil. Klau itu yang buat mak ayah aku gembira aku pun turut gembira. Tanpa mereka juga siapalah aku. Tanpa semangat mereka takkan aku dapat keputusan yang baik dalam STPM malah takkn aku dapat jejk kaki ke Universiti. Aku suka bila Mak ayah aku suka. Insha Allah aku bawa impian mak ayah aku ke sana. Akan aku bawa pulang sgulung Ijazah sarjana Muda Usuluddin untuk mereka. Allah lebih mendegr doa mereka.

Untuk dia...
Jauh jauh aku . Aku akan tetap merindu. Tetap menanti . Walau jauh kita berada kau tetap kawan aku sahabat aku hati aku payung aku semngt aku .Insha Allah Allah lebih tahu apa yang kita tak tahu. Semoga kau berjaya dengan kerjaya kau. Semoga Allah restu.


Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

No comments:

Post a Comment