KAWAN :)

Masa lalu hanya memberikan kita sebuah cerita. Masa kini memberikan kita kehidupan dan masa depan memberikan kita sebuah impian .

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT ..

Pertama dan selamanya suka lah ana nak mengajak anda merafakkan setinggi2 kesyukuran kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bernafas lagi di muka bumi Allah swt . Lihat betapa Allah maha pengasih kerana masih memberikan kita peluang untuk terus beribadah kepada Allah dalam bulan ramadhan yang sebentar sahaja lagi akan melabuhkan tirainya.

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw kerana dengan berkat tadhiyah , susah payah baginda semasa menegakkan agama Allah ,dapat kita merasai dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat ISLAM dan IMAN.

Alhamdulillah

Entry kali ini ana tujukan khusus buat sahabat2 Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) terutamanya kelas BAHASA MELAYU yang ahlinya dimonopoli oleh kaum hawa dan umum buat sahabat2 blogger . Apa yang ingin ana sampaikan diharap dapat diambil sebagai pengajaran supaya kita tidak mengulanginya lagi.

Semua sudah maklum apa yang kita lalui sepanjang Bulan Ramadhan pertama di KISAS. Memang sangat indah . Tetapi dalam keindahan, Allah swt selitkan musibah buat kita . Sangat sukar untuk dilalui kan sahabat BM ??

Tetapi ana harap sahabat2 tidak putus asa dan tidak putus harapan untuk terus berjuang di Bumi Waqafan . Apa yang terjadi sumenye datang dari Allah tapi disandarkan pada kita . Jadi kita tak boleh salahkan takdir Allah .

Ana percaya di sebalik kesulitan yang Allah beri pasti akan membuahkan hasil yang baik satu hari nanti . Ini adalah satu pengalaman yang pertama kali ana lalui dan ana percaya sahabat2 pun sama kan ? Tinggal SETAHUN sahaja lagi kita akan menghadapi guru2 yang tegas , garang , mementingkan disiplin dalam belajar dan memarahi kita bila buat salah walaupun bagi kita perkara itu kecil sahaja. Nanti dekat U kita dah tak jumpa GBT (guru berprestasi tinggi) macam tu lagi . So , manfaatkanlah GBT yang ada di KISAS.

Ingat !! apa yang mereka mahukan daripada kita selepas RAYA ni ?

1 ) IMPROVEMENT

2) DISIPLIN

3) PUNCTUAL

4 ) PATIENT

5 ) FOLLOW THE INSTRUCTION

6 ) ASK TEACHER IF YOU DON’T UNDERSTAND

7 ) DON’T TEACH YOUR FRIEND

Jadi , peluang yang diberi untuk bercuti raya selama seminggu ni kita manfaatkan dengan sebaiknya. Buang segala tension yang ada . Lupakan masalah yang dah berlalu di KISAS. HOMEWORK tak de kan ?

So , kalau nak main , main puas2 seminggu ni . Sebab nanti balik KISAS kita da tak boleh main2 lagi dah . Kita kene be matured . Kita ada semangat baru . Betulkan niat masing2 untuk berjihad di jalan Allah . Kita belajar kerana Allah swt . Insyaallah Allah swt akan permudahkan urusan kita di KISAS. Oraitt tak sahabat2 ??

Ana harap apa yang ana sampaikan dapat membakar semangat sahabat2 dan diri ana sendiri .

Dikesempatan ini juga ana nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAP ZAHIR DAN BATIN kepada sahabat2 seperjuangan KISAS.

Terutamanya sahabat2 kelas BM dan DORM E23 . Ana mintak maap kalau ana ada tersilap atau terkasar bahasa dengan sahabat2 sama ada secara langsung atau tidak . Ana harap ukhwah yang terbina akan lebih mantap dan erat . Uhibbuki fillah !!

Sekian dulu dari ana Nabilah binti abd karim (kelas BM) (DORM ALI E23)

Apa yang baik datang dari Allah swt dan yang buruk datang dari Allah juga tapi disandarkan kepada diri ana yang lemah ini.

Wassalam


Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

No comments:

Post a Comment