KAWAN :)

Satu Renungan kita bersama :)





Sahabatku yang tersayang .
Jadikanlah peperiksaan STPM dan STAM ini sebagai wasilah untuk kita mendekatkan diri dengan Allah SWT. Kejayaan kita di dunia dan akhirat adalah ditentukan oleh Allah. Kita hanya manusia biasa yang tidak mampu untuk mencapai sesuatu melainkan dengan izin-NYA.


Sahabatku yang dihormati .
Kuatkanlah jemaah tingkatan 6 dengan melakukan solat tahajjud berjemaah setiap hari.Insyaallah dengan kekuatan yang kita ada , kita juga mampu mencatat kejayaan di dalam STPM dan STAM. Kegagalan lalu tak bermakna kita gagal selama-lamanya . Mungkin ianya untuk mempertemukan kita di sini.


Sahabatku .
Habiskan sisa hidup kita di bumi Waqafan dengan melakukan sesuatu yang terbaik buat diri. Kukuhkan ikatan kasih sayang dalam persahabatan diantara kita. Pasakkan dalam dirimu tarbiah yang dijumpai di bumi waqafan.


Sahabatku yang beriman .
Sama-samalah kita melakukan solat sunat tasbih untuk mencari keredhaan ilahi. Insyaallah ia akan membawa ketenangan di dalam diri untuk peperiksaan ini. Ingatlah kekuatan dalaman sangat penting untuk kita terus beristiqomah dalam berjihad di jalan Allah SWT .


Dedikasi untuk sahabat2 kisas dan sahabat2 lain juga..
Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

No comments:

Post a Comment