KAWAN :)

rencah hidup..

Assalamualaikum.
Alhamdulillah berakhir juga siang untuk hari ini. Dalam menjalani kehidupan kita sehari-hari macam2 boleh terjadi tanpa kita rancang . Kadang2 benda tu kita tak mahu pun . Tapi ia tetap datang dan menimpa diri kita. Tidak kira perit pedih mcm mana pun ia tetap datang menimpa kita. Penat kita meminta Ya allah aku tak mahu itu dan ini..Tapi Allah SWT tu maha kuasa dia beri kita apa yang kita tidak mahu. Ada hikmah disebaliknya. Kadang2 apa yang kita tidak mahu, benci sebenarnya itu lah yang terbaik untuk kita. Allah SWT adalah sebaik2 parancang , penentu kepada kita.

Apa yang bermain di minda saya tika ini, saat ini , hari ini ialah pak cik saya.
Paman khisam. Saat kita sedang bergembira , bergurau senda bersama keluarga kdg2 kita tak sedar ada segelintir saudara kita yang sedang berada dalam keadaan susah. sakit? koma? atau apa sahaja.



Paman ..
saya harap paman sedar cepat. Kuatkan diri. Ingat Allah. Cik pidah, Embah , Mak Ayah , paman budin, Wak edah , wak hashim semuanya sayang paman. nak paman sedar cepat. Terutamanya anak2 paman.. Ely , Yanie , wafi , wazir , amni dan anak paman yang baru. Dia perempuan tau. Baru lahir. comel sangat. Dia nak jumpa ayah dia jugak. Jadi, paman cepatlah sedar ya.. Mereka semua tunggu paman. Dah dekat dua bulan ni paman tak sedarkan diri..

Tadi saya melawat paman kat hospital dengan mak dan abang. Alhamdulillah paman macam dah oke walaupun masih tak sedar 100% . Mate paman sebelah kanan dah boleh bukak. Tapi mate nya sekadar buka sahaja. Tapi tak apa paman . Usaha lagi.. ! mesti boleh kan. Paman sangat kurus sekarang. Tak macam dulu. Tapi tak apa nanti paman sedar dah sembuh paman makan banyak2 ya. Yang penting paman sedar dulu. Boleh bernafas sendiri pun dah cukup. Saya faham perasaan mak, cik ton , embah , wak edah yang menagis risaukn paman.. walaupun saya tak boleh buat apa2..



Semua orang tunggu paman sedar.. nak dengar paman gelak .. marah anak2 buah .. nasihat kami.. kerja macm biasa .. hantar yani balik asrama naik estima.. lembu2 dan kambing2 pun rindu paman.. cepat sedar ya paman ..

lots of hope.
Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

No comments:

Post a Comment