KAWAN :)

SOLAT TARAWIH :)

Assalamualaikum .

Sebelum ana mulakan entry ana pada kali ini . Marilah kita bersama merafakkan setinggi2 kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia nya dapat ana menulis lagi dalam blog ini dan dapat antuna semua membaca dan insyaallah hayati dengan penuh kesedaran mengenai tajuk yang akan ana ulas .

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana dengan berkat jerih payah nya baginda , berkocak nya darah baginda dapat kita merasai dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam . Alhamdulillah .

Berbalik pada topik kita pada kali ini . Suka lah ana untuk berkongsi serba sedikit mengenai solat tarawih di bulan Ramadhan . Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia dan bulan yang diturunkan seribu rahmat malah lebih dari itu maka hendaklah kita berlumba lumba untuk memperbanyakkan amal soleh . Selain dari puasa di bulan Ramadhan Rasulullah SAW menganjurkan supaya umatnya mengerjakan solat tarawih .

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian , tahukah antuna apakah kelebihan yang dapat kita perolehi jika kita mengerjakan solat tarawih ? Jadi, sukalah ana untuk berkongsi apakah kelebihan yang dapat kita perolehi jika bersolat tarawih.
Baginda pernah berkata : "Orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan ramadhan akan mendapat kelebihan seperti berikut :

Malam Pertama : Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan ibunya.
Malam Kedua : dosanya diampuni .

Malam Ketiga : Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan "mulailah kamu beramal sebab allah telah mengam puni dosamu yang telah lalu ".

Malam Keempat : Diberi pahala yang sama dan pahala orang membaca kitab Taurat , Injil ,Zabur dan Quran .

Malam Kelima : diberi pahala seperti orang yang melakukan solat di masjidil haram .

Malam Keenam : diberi pahala seperti pahala orang yang bertawaf di baitullah.

Malam ketujuh : seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya sehingga dapat mengalahkan Firaun dan Haman.

Malam kelapan : diberi Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim alahis salam .

Malam Kesembilan : seperti pahala beribadah kepada Allah SWT yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW

Malam Kesepuluh : Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan di akhirat .

Baiklah sampai disini sahaja perkongsian ana . Masa sangat mencemburui untuk ana berkongsi lebih lagi . Insyaallah kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut lagi boleh lah merujuk di buku Solat tarawih oleh Us Uzair Al Aziz .

Insyaallah sama sama kita amik ihtimam . Semoga menjadi seorang muslim yang sejati dan insyaallah seorang mukmin yang original .

wassalam

Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

1 comment:

  1. http://www.islamituindah.my/hadith-palsu-kelebihan-tarawih

    ReplyDelete