KAWAN :)

Sabarlah wahai hati..

Kenapalah dengan hati ini ? Terasa tidak sabar menghabiskan apa yang perlu diselesaikan .Ku sedar masih terdapat sisa setahun sahaja lagi . Kemudian barulah dapat bernafas dengan lega. Terkadang rasa cemburu menyelubungi diri melihat rakan-rakan yang sudah di zon selesa. Ku juga ingin seperti itu . Melihat adik2 dan kakak yang tinggal hanya dua paper sahajala lagi . Rasa ku juga ingin begitu.. Ku percaya ku juga akan rasa seperti itu tetapi hati kau harus bersabar . Masih ada setahun lagi yang kau perlu tempuh . Walaupun ku tahu dalam masa setahun ini lah pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu ku lalui dengan penuh sabar. Jika tidak sabar dan cepat mengalah maka akan kecundang .Hati.. kau harus tetap bersabar supaya nanti kau akan dapat juga kemanisan diakhirnya. Kau masih perlu berjuang sehingga ketitisan yang terakhir ..

Janganlah kau cepat mengalah wahai hati ..
Jangan kau lihat pada kelebihan mereka.. Tapi lihatlah dirimu .. Walaupun sekarang kau berasa susah kerana terikat dengan peraturan yang sepatutnya tidak perlu kau ikuti ..Tapi ingat lah wahai hati kau masih di bangku sekolah.. kau masih perlu mengikuti apa yang disuruh .. Setahun sahaja lagi hatii .. Sabarlah ..

Wahai hati ..
Bersabarlah juga dengan apa yang diperkatakan orang ..
bersabar .. Percayalah . kau juga akan berjaya diakhirnya . Allah sentiasa bersamamu wahai hati ..Beruntunglah kau jika tetap bersabar .. Semua orang ada cara yang berbeza untuk berjaya . Mungkin Allah berikan kau cara begini supaya kau lebih bersabar dan belajar erti hidup yang sebenarnya ..

Ku percaya wahai sang pencipta apa yang kau berikan pada ku ada hikmah disebaliknya .
Janganlah kau berasa rendah diri wahai hati .. Allah SWT hanya mahukan yang terbaik darimu .. Supaya kau lebih berdikari dan belajar susahnya hidup .. Usah kau risau wahai hati kejayaan yang hakiki menantimu disana .. Ku pasti ...ada cahaya di akhirnya..

Ku bersyukur duhai Sang Pencipta kerana kau meletakkan ku disitu . Banyak yang aku dapat dan lalui di situ .. Terasa rindu pula pada udara disitu .. Walaupun terkadang hati ini terasa resah , penat untuk terus berdiri disitu . Namun ku tabahkan juga hati ini .. Insyaallah sehingga ke akhirnya ! Ku pasti kejayaan sudah menunggu ku..
Kau hanya perlu bersabar duhai hati .. Ku yakin ni lah yang sebaik-sebaiknya ..

....QASEHSUCIKU....
Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

1 comment:

  1. sabar ye nanab..staun je lagi..t msuk UIA tau...jmpe aku kat sne k...

    ReplyDelete