KAWAN :)

Kehidupan.

Alhamdulillah hari ini 11/9/13 Allah masih lagi meminjamkan aku udara dan jasad ini untuk aku melayari hidup yang penuh dengan liku-liku. Bersyukur ke hadrat ilahi dan junjungan besar Nabi Muhammad saw kerana aku masih lagi diberikan nikmat iman dan islam .

Kehidupan suatu lafaz yang umum. Tersimpan banyak cerita dalam kehidupan kita. Terdapat banyak cabang2 dalam kehidupan kita. Kita tak pernah tahu apa akan jadi pada masa hadapan . kehidupan kita semuanya telah diaturkan oleh Allah. Namun begitu semua ini atas usaha kita juga dengan restu Allah .

Kehidupan aku kini diteruskan lagi di unisza. Suatu tempat yang tidak lah gah namun masih mengorak langkah untuk terus maju. Alhamdulillah aku gembira di sini. Dijauhkan dengan kedua orang tuaku dan keluargaku malah semua yang aku sayang. Namun aku bersyukur kerana aku sukakan kejauhan. kejauhan memupuk sifat kematangan dalam diri. Kejauhan mengajar aku erti kasih sayang. Kejauhan juga mengajar aku untuk menghargai suatu hubungan. Kejauhan juga membuatkan aku untuk berfikir dengan lebih jauh. Berdikari tanpa bantuan ibu bapa dan keluarga. Alhamdulillah Allah sangat tahu apa yang aku perlukan. Allah sangat tahu apa yang membentuk jiwaku.

Di sini aku dipertemukan dengan pensyarah yang muda-muda belaka. Waa sangat memberikan inspirasi. Muda-muda lagi dah jadi pensyarah. Kata mereka teruskan dulu belajar dont stop just in degree. Continue with master and so on. Aku rasa sangat tercabar. hmm Insha Allah jika Allah izinkan aku akan menyambung master. Tapi pointer kena jaga. I know I can do it ! Set your mind .

Chayokkkkkkkkk !!
Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

Anugerah ~



Bismillahirrahmanirrahim..

Pertama sekali aku bersyukur kepada Allah kerana alhamdulillah sehingga saat ini aku masih diberi peluang bernafas di Bumi Nya. Alhamduliilah Allah jualah yang memberi kan aku seribu macam rasa sepanjang hidupku. Alhamduliilah macam macam nikmat telah Allah berikan kepada aku yang lemah ini. Alhamduliilah macam macam pengalaman juga telah Allah berikan kepada aku . Pengalaman itu mendewasakan aku. Walaupun pada zahirnya aku tak macam orang dewasa pun. Masih kecil lagi. Masih dahagakan ilmu masih dahagakan kasih sayang . Tanpa pengalaman tak mungkin aku bisa jadi lebih tabah dari sebelum ini. Aku akui aku perasan ada perubahan dalam diri aku selepas beberapa tahun . Alhamdulillah. Aku bukan lagi aku yang dulu. Cengeng kuat nangis lemah cepat tepedaya cepat putus asa. Alhamduliilah Allah baik Allah kurniakan aku ramai kawan2 yang kuat semangat yang tak putus asa . Macam kwn2 dekat KISAS. Aku sayang mereka sangat2. Di saat aku lemah aku putus asa aku menagis mereka datang mereka ingatkan aku yang Allah tu maha Mengetahui. Allah jua Maha mendengar setiap rintihan hambanya. Maka aku jadi terlebih kuat. Alhamduliilah jua disana aku dapat murabbi yang sering menasihati memarahi. kalau tak ada mereka mungkin aku seorang yg lemah cpt ptus asa.

Selain kawan2 dan murabbi. Ada seorang yang Allah datang kan untuk aku. Kedatangan dia tak aku duga. Dlam dia tak sedar dia banyak memerikan aku semngt walaupun dia tak perasan . Bagi aku stiap kata kata dia memberikan semngt untuk aku. Tingkahnya yang kadang2 sombong berlagak menarik perhatian aku . Kata kataya menguatkan aku . Aku pun tak sangka aku boleh kenal dan rapat dengan orang macam dia. Kdang aku terfikir layakkah aku ini nak mengharap dari insan sepertinya sedangkan aku hanya lah insan yang biasa sahaja. Tak sepandai mereka mereka. Tak secantik mereka mereka. Aku sendiri tak tahu apa akan jadi pada aku pada dia. Aku tahu dia tak pernah mengharapkan apa apa pun dari aku. Sejujurnya aku agak keliru dengan dia . Tapi aku tabahkan juga hati aku melayan segala karenah dia kesombongan dia . Aku tahu dia tak pernah sedar semua ni. Tapi tak apa Allah kan ada :)

Baru baru ini aku dapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu. Pantai timur tu. Pada Awalnya aku gembira sebab akhirnya aku dapat juga menjejakn kaki ke Universiti. Memang inilah impian aku dulu. Tapi aku tak sangka dapat jauh ke pantai timur. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Alhamduliilah aku akan menjadi seorang mahasiswi dalam bidang Ijazah sarjana Muda Pengajian Islam Usuluddin selama tiga tahun setengah. Satu tempoh yang aku rasa tak terlalu lama. Tapi tak juga terlalu cepat. Pada awalnya juga aku tak berapa nak menceburkan diri aku dalam bidang usuluddin. Tapi entah Allah bagi juga aku bidang ini. Bidang yang Mak ayah aku nak sangat aku ambil. Klau itu yang buat mak ayah aku gembira aku pun turut gembira. Tanpa mereka juga siapalah aku. Tanpa semangat mereka takkan aku dapat keputusan yang baik dalam STPM malah takkn aku dapat jejk kaki ke Universiti. Aku suka bila Mak ayah aku suka. Insha Allah aku bawa impian mak ayah aku ke sana. Akan aku bawa pulang sgulung Ijazah sarjana Muda Usuluddin untuk mereka. Allah lebih mendegr doa mereka.

Untuk dia...
Jauh jauh aku . Aku akan tetap merindu. Tetap menanti . Walau jauh kita berada kau tetap kawan aku sahabat aku hati aku payung aku semngt aku .Insha Allah Allah lebih tahu apa yang kita tak tahu. Semoga kau berjaya dengan kerjaya kau. Semoga Allah restu.


Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

Aku Ingin MencintaiMu ya Allah .

Tuhan betapa aku malu atas semua yang kau beri

Padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa
Entah mungkin karena ku terlena sementara Engkau beri
Aku kesempatan berulangkali agar aku kembali



Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakan diriku padaMu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMu

Aku ingin mencintaiMu setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMu selamanya sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMu yaa Rabbi .




Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

5 Petua Kejayaan Hakiki .




Syaqiq Al-Balhi berkata :
" Aku mencari 5 perkara dan aku mendapatkannya dalam 5 perkara sahaja "

1 . Aku mencari keberkatan dalam rezeki dan aku mendapatkannya dengan solat dhuha.

2 . Aku mencari lampu untuk menerangi kuburku dan aku mendapatkannya dengan bersolat malam.

3 . Aku mencari persediaan untuk menjawab soalan Munkar dan Nakir dan aku mendapatkannya dengan membaca Al-Quran.

4 . Aku mencari tongkat sebagai alat ketika menyeberangi SiratulMustaqim dan aku mendapatkannya dengan berpuasa dan
bersedekah.

5 . Aku mencari perlindungan dibawah Arasy dan aku mendapatkannya dengan berkhalwat iaitu beribadah ditempat yang sunyi.







Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

ceritera Mushkilah IstiQomah

Assalamualaikum .

Kenapa ya susah sangat nak istiqomah bila sudah ada di rumah. walawala.
Memang la betul nak buat benda baik ni ada sahaja halangan nya kan ? isk
Klau kerja jahat tu senang je kan ? itulah kerja syaitan .
kalau dulu dekat Kisas senang je nak buat benda baik sbb semua kawan-kawan membawa kepada kebaikan . eee rinduu ! Tapi itu semuanya sudah menjadi memory yang terindah dalam hidup aku . Kita bersama membina ukhuwah antara kita , kita semainya dengan majlis2 ilmu , liqo' al Mulk , doa rabitah dan berbagai lagi .

Sekarang benda itu dah berlalu tak mungkin datang kembali. apa-apa pun antunna memang kawan terbaik yang pernah aku jumpa kenal dan bersahabat. Macam-macam ragam aku jumpa yang ragam ganu , kedoh , Negori , sabah , semua lah 1Malaysia . Semuanya hebat dan terbaik. Walaupun kadang2 aku tak biasa sangat pada awalnya tapi lama-lama ok. hihi

Apa yang aku rasa sekarang ? hmm aku rindu suasana di Kisas. aku susah nak aplikasi yang dah dibuat dekat kisas tu. aku rindu cikgu-cikgu yang selalu marah aku. hehe
Cikgu Nani , Cikgu Norliah , Dua orang MISS , Cikgu Saupi , Us Nik ?? sayang sangat dekat cikgu ! Cikgu memang LUAR BIASA HEBAT .

Semoga Allah merahmati cikgu-cikgu sekalian .
Ya Allah jangan lah biarkan aku terleka dengan permainan dunia.

Wasslam
Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

promotion :))

assalamualaikum .

Hari ini ana nak buat promotion.
Blog Qasehsuciku sudah pun ada halamannya di facebook.
Ni link http://www.facebook.com/groups/133765083434552/.
Nak mudah taip ja LAMAN BLOG QASESUCIKU kat facebook.
Sesiapa yang berminat mahu menjadi sahabat di laman Qaseh boleh lah join our group ya !
Syarat ? mesti PEREMPUAN. hee

Sbb apa ? sebab kat sini lah kalau ada muslimat yang nak tanya apa-apa tapi malu boleh lah kita berkongsi kat sini. Kalau ada lelaki kan malu nanti.

Tapi laman ana tak lah HOT dan seronok macam laman orang lain. Tapi tak apa korang lah yang akan menyerikan laman Qaseh >__<

Semoga Allah merahmati antuna semua

WE SHARE WE CARE !

Wassalam.


Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

Pengalaman

Assalamualaikum .

Lama sudah ana tak update blog. hehe.
Alhamdulillah sekarang baru ada masa untuk blog.
Apa yang ana nak cerita disini ialah mengenai pengalaman ana pergi mengembara menimba ilmu di negeri orang. Memang la betul pengalaman itu tak boleh dijual beli. Pertama sekali, terima kasih kepada Mak dan Ayah kerana membenarkan anak nya ini pergi ke sana walaupun jauh.

Tempat apa yang ana pi ? >>> Pondok Baitul Qura' Wal fuqoha,Payasum,Melaka. Ana tidak pernah menyangka bahawa kaki ini akan menjejaki BUMI BERTUAH itu. As I said, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita . Perjalanan ke sana penuh dengan mehnah dan tribulasi. Memang la, kita ni kalau nak buat benda baik mesti ada sahaja halangan nya. kan kan ? Sampai satu saat ana dah surrender tak mahu pi. Pedih hati ni. Tapi Alhamdulillah Allah bagi jalan penyelesaian and Finally sampai juga ke tempat yang dituju. Alhamdulillah.


Pertama kali menjejakkan kaki, terasa tenang dihati ini. Apa yang ana mahu telah pun Allah kabulkan. Segala tanda tanya mengenai rahsia hidup ana telah terjawab. ULAMA'?? rupa-rupanya Allah nak bagi ana duduk ditempat para ulama' berkumpul.Subhanallah. Bergetar rasa dihati ini. Hanya Allah yang tahu.

Disana ana belajar dua kitab iaitu FEQAH dan DAKWAh. Alhamdulillah dalam masa dua minggu sahaja ana sudah khatam dua kitab tersebut. Banyak yang ana pelajari disana. Di sana jugalah ana belajar erti sabar dan tawadhu'. Terima kasih kepada mudir pondok Us Zul . Ana juga belajar adab-adab seorang murid terhadap TOK GURU. Baru ana terasa selama ini kurang adab rupanya aku bila bersama guru. Hinanya diri ini.

Hati ini juga tersentuh melihat wanita-wanita di sana ramai yang memakai purdah tidak kiralah pelajar pondok itu sendiri atau warga kampung di sana. Terasa asing diri ini bila melihatnya. Sungguh gugur hati ini hanya Allah yang tahu.

Di sana ana juga berpeluang berjumpa dan mendengar nasihat-nasihat daripada Ulama dunia iaitu Sheikh Ali Al Sabouni , Habib Kazim , Sheikh Nuruddin dan sheikh yang lain. Betapa beruntungnya diri ini kerana diberi peluang untuk menjaga anak-anak sheikh Nuruddin. Ya Allah, pada awalnya ana hampa kerana tidak dapat duduk straight dengan Ulama ini. Tapi bila hati ini sayu dan pergi membawa diri kau berikan pula aku kesempatan untuk menjaga anak sheikh Nuruddin. Gembira bukan kepalang aku ini. Dapat menyentuh anak dan cucu keturunan Nabi Muhammad SAW.

Aku sangkakan hidup aku bermusafir bersama sahabat-sahabat ku akan susah di sana. Mana tidaknya pergi ke sana tanpa ada orang yang berpengalaman ke sana. Tapi Alhamdulillah Allah telah mentakdirkan supaya kami dimudahkan dalam perjalanan musafir di sana. Pergi dan pulang dengan rancangan yang caca merba sahaja tapi satu-satu Allah berikan kami jalan dan nikmat yang sempurna bagi kami. Pulangnya kami juga dengan perasaan yang selamat dan gembira. Pertemuan kami dengan seorang Cikgu dan suaminya yang baik hati di sana sangat memberi makna kepada kami. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Jazakumullahu khairan kathiran.

Terima Kasih Ya Allah!

Sekian dahulu tinta daripada Qaseh.
Hanya satu pesanan ku, Percayalah kepada Allah kerana DIA lah yang lebih mengetahui akan nawaitu setiap Hambanya . Semuanya Kerana Allah . Alhamdulillah .wassalam..


















Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

K A M I




~DEWAN ULUL ALBAB KISAS~

Good Luck sahabat-sahabat !
Di sini kita bertemu dan di sini jugalah kita akan berpisah pada jasadnya.
Hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi masa kita di Bumi waqafan ini.
Semoga Allah menguatkan fizikal dan mental , rohani dan jasmani kita untuk menempuh hari yang akan mendatang ni. Allah sentiasa ada dengan kita.

Saya minta maaf kalau ada buat salah silap dengan kalian.

~19NOVEMBER-12DECEMBER 2012 DEWAN F6 JADI SAKSI~



Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

ciri-ciri wanita solehah.







1. TIDAK MEMAKAI PAKAIAN YANG NIPIS

Muslimah solehah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. TIDAK MEMAKAI RANTAI BERLOCENG

Muslimah solehah memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. TIDAK MEMAKAI WANGIAN SEMERBAK

Muslimah solehah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Muslimah yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.

4. TIDAK BIADAB DALAM BERKATA

Muslimah solehah memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. TIDAK BERKATA SIA-SIA

Muslimah solehah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. TIDAK MEMAKAI TUDUNG TIGA SEGI

Muslimah solehah memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. TIDAK MENGADA-NGADA

Muslimah solehah memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukmu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini. Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik Tunduk disini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang oleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. Penyakit dlm hati adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. TIDAK MENGHIAS DIRI BERLEBIHAN

Muslimah solehah memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja,dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

9. TIDAK MEMAKAI TUDUNG JARANG

Muslimah solehah tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jalah yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik.Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak berharga dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untuk memakainya dengan cara yang terbaik.


KEMULIAAN SEORANG WANITA BUKAN PADA RUPA TAPI SIFAT DAN KELEMBUTANNYA.....

Mengikut ciri-ciri diatas.. aku rasa aku belum cukup pakej menjadi wanita solehah.
Sebab... aku masih lagi memakai tudung bawal tiga segi. Mungkin jarang tudung aku tu.. Banyak lagi kurangnya dalam diri aku ni. Ya Allah....



Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

S A M T K ;)

Bismillahirrahmanirrahim .



Terasa rindu aku pada madrasah ini. Memang la sekolah ini tak la sehebat dan semegah SBPI atau SMKA atau MRSM yang lain. Tapi aku berbangga dapat bersekolah di sini. Kehidupan masa muda remaja aku bermula di sini. Kata orang masa muda masa yang berapi-rapi. Setuju ? ye aku sangat setuju! Memang sangat berapi. Malanglah bagi orang yang tak reti mengawal masa muda mereka. Kalaulah masa itu boleh berpatah balik , ingin aku kembali ke masa lalu dan betulkan apa yang salah. Tapi semua itu hanya mimpi. Tak kan nya masa itu boleh berpatah balik.

Nilai diri kita terletak pada macam mana diri kita yang sekarang bukan diri kita yang sebelum ini. Oleh itu, aku berpesan kepada sesiapa yang masih berada di sekolah ini, masih menuntut sebagai seorang pelajar , manfaatkan masa yang ada di sekolah ini. Jangan menjadi seperti angin . Bila ada angin kuat kekiri ia pun kekiri, bila kekanan ia pun kekanan. Sama lah seperti kita manusia. Bila kawan buat macam tu , kita pun nak ikut. Kononnya trend. Padahal semua tu hanya buat kita hanyut. Kalau perkara baik , Alhamdulillah lah. Oke dah tutup sesi MOTIBASI. Hihi.

Pada tarikh 5 jun 2012 aku telah pergi ke sekolah untuk buat research perbandingan tahun sebelum dan sekarang. Aku lihat sekolah ini dah berubah. Semakin cantik dan ayu. Hihi. Tak caye ? Tengok ni!



Kan ayu kan ? haha. dah ada pondok baru . wah wah .Sodap lending kat sini. Bukan ni ja ada banyak lagi perubahan. Warna warni pulak aku tengok sekolah ni dah . COMEL ! deko sana sini. Semakin ceria sekolah ini. Banyak yang dah berubah kot. Bunga-bunga pun dah banyak. Cantik-cantik! Kalah sekolah aku yang sekarang. Hihi. Yeahhh! Nak tahu lagi tak perubahan dekat sini ? Jom tengok ni!



Cuba teka apa ni ? hee. Ni koperasi. wohh Dah maju . Dulu biasa ja . Kecil ja koperasi. Sekarang dah maju ada guide antara muslimin dan muslimat pulak tu. Untung lah batch lain. Hee. Kalau tak salah, dulu ini bilik AADK . Sekarang lain dah. Mesti makin banyak kan makanan ? haha. Teringat. Dulu suka makan coklat yang bulat-bulat tu. SEDAP! Rindu coklat tu. haha.

Nak tahu lagi ke ? Seterusnya , wah wah MUSOLLA tercinta sedang dalam proses penambahbaikan. Tempat wuduk muslimin dah makin besar. Ada paip kat luar. UNTUNGLAH LELAKI :P Dalam musolla pun aku tengok ada pekerja yang sedang buat kerja. Memang lah buat kerja takkan tido kot. Hee. Yang musolla ni aku tak tahu lah apa jadinya. Mesti cun habis lah nty. OK tak apa. Aku akan datang lagi untuk lihat perkembangan musolla ni. Mungkin tahun depan. Masa tu aku da free ! yeahhh .



Hah . Tu je lah yang boleh aku cerita siket. Mungkin akan ada banyak lagi transformasi yang akan dibuat dari semasa ke semasa. Tunggu dan lihat ja lah . Serius aku rindu sangat dengan kawan-kawan samtk batch 2010. Walaupun aku tak rajin contact korang tapi aku ingat lah korang selalu. Aku doakan kawan-kawan aku semuanya berjaya.

Kepada HIDAYAH ARIFF , HUSNA dan NABILAH RUHNI yang akan pergi ujian kelayakan ke MESIR. GOOD LUCK. Nanti dapat pi mesir bagi tahu aku. Minta restu ! haha.



kawan ohh kawan .




Hanya tinggal kenangan! hee sweet memories . A L W A Y S !
Ok, Sekian laporan daripada saya di ruangan QASEHSUCIKU.com.
ASSALAMUALAIKUM >__<




Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

Ciri-ciri wanita yang baik untuk dilamar .



Dalam melamar, seorang muslim dianjurkan untuk memperhatikan beberapa sifat yang ada pada wanita yang akan dilamar, diantaranya :


1. Wanita itu disunahkan seorang yang penuh cinta kasih. Maksudnya ia harus selalu menjaga kecintaan terhadap suaminya, sementara sang suami pun memiliki kecenderungan dan rasa cinta kepadanya. Selain itu, ia juga harus berusaha menjaga keredhaan suaminya, mengerjakan apa yang disukai suaminya, menjadikan suaminya merasa tentram hidup dengannya, senang berbincang dan berbagi kasih sayang dengannya. Dan hal itu jelas sejalan dengan firman Allah Ta’ala, "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kalian istri-istri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya. Dan Dia jadikan di antara kalian rasa kasih dan sayang" (ar-Ruum:21) .

2. Disunahkan pula agar wanita yang dilamar itu seorang yang banyak memberikan keturunan, kerana ketenangan, kebahagiaan dan keharmonisan keluarga akan terwujud dengan lahirnya anak-anak yang menjadi harapan setiap pasangan suami-istri. Berkenaan dengan hal tersebut, Allah Ta’ala berfirman, Dan orang-orang yang berkata, ‘Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa’. (al-Furqan:74) . Dalam sebuah hadits, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, 'Menikahlah dengan wanita-wanita yang penuh cinta dan yang banyak melahirkan keturunan. Kerana sesungguhnya aku merasa bangga dengan banyaknya jumlah kalian pada hari kiamat kelak'. Demikian hadist yang diriwayatkan Abu Daud, Nasa’I, al-Hakim, dan ia mengatakan, Hadits tersebut sanadnya shahih.

3. Hendaknya wanita yang akan dinikahi itu seorang yang masih gadis dan masih muda. Hal itu sebagaimana yang ditegaskan dalam kitab Shahihain dan juga kiab-kitab lainnya dari hadits Jabir, bahwa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah bertanya kepadanya, Apakah kamu menikahi seorang gadis atau janda? dia menjawab,”Seorang janda.”Lalu beliau bersabda, Mengapa kamu tidak menikahi seorang gadis yang kamu dapat bercumbu dengannya dan ia pun dapat mencumbuimu? Kerana seorang gadis akan mengantarkan pada tujuan pernikahan. Selain itu seorang gadis juga akan lebih menyenangkan dan membahagiakan, lebih menarik untuk dinikmati akan berperilaku lebih menyenangkan, lebih indah dan lebih menarik untuk dipandang, lebih lembut untuk disentuh dan lebih mudah bagi suaminya untuk membentuk dan membimbing akhlaknya.

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam sendiri telah bersabda, Hendaklah kalian menikahi wanita-wanita muda, kerana mereka mempunyai mulut yang lebih segar, mempunyai rahim yang lebih subur dan mempunyai cumbuan yang lebih menghangatkan. Demikian hadits yang diriwayatkan asy-Syirazi, dari Basyrah bin Ashim dari ayah nya, dari kakeknya. Dalam kitab Shahih al_Jami’ ash_Shaghir, al-Albani mengatakan, “Hadits ini shahih.”

4. Dianjurkan untuk tidak menikahi wanita yang masih termasuk keluarga dekat, kerana Imam Syafi’I pernah mengatakan, “Jika seseorang menikahi wanita dari kalangan keluarganya sendiri, maka kemungkinan besar anaknnya mempunyai daya fikir yang lemah.”

5. Disunahkan bagi seorang muslim untuk menikahi wanita yang mempunyai silsilah keturunan yang jelas dan terhormat, kerana hal itu akan berpengaruh pada dirinya dan juga anak keturunannnya. Berkenaan dengan hal tersebut, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, Wanita itu dinikahi kerana empat hal: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan karena agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, niscahya kamu beruntung. (HR. Bukhari, Muslim dan juga yang lainnya).

6. Hendaknya wanita yang akan dinikahi itu taat beragama dan berakhlak mulia. Kerana ketaatan menjalankan agama dan akhlaknya yang mulia akan menjadikannya pembantu bagi suaminya dalam menjalankan agamanya, sekaligus akan menjadi pendidik yang baik bagi anak-anaknya, akan dapat bergaul dengan keluarga suaminya. Selain itu ia juga akan senantiasa mentaati suaminya jika ia akan menyuruh, redha dan lapang dada jika suaminya memberi, serta menyenangkan suaminya berhubungan atau melihatnnya. Wanita yang demikian adalah seperti yang difirmankan Allah Ta’ala, “Sebab itu, maka wanita-wanita yang shahih adalah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminyatidak berada di tempat, oleh karena Allah telah memelihara mereka”. (an-Nisa:34) . Sedangkan dalam sebuah hadits, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Dunia ini adalah kenikmatan, dan sebaik-baik kenikmatannya adalah wanita shalihah”. (HR. Muslim, Nasa’I dan Ibnu Majah).

7. Selain itu, hendaklah wanita yang akan dinikahi adalah seorang yang cantik, kerana kecantikan akan menjadi dambaan setiap insan dan selalu diinginkan oleh setiap orang yang akan menikah, dan kecantikan itu pula yang akan membantu menjaga kesucian dan kehormatan. Dan hal itu telah disebutkan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dalam hadits tentang hal-hal yang disukai dari kaum wanita.

Kecantikan itu bersifat relatif. Setiap orang mempunyai gambaran tersendiri tentang kecantikan ini sesuai dengan selera dan keinginannya. Sebagian orang ada yang melihat bahwa kecantikan itu terletak pada wanita yang pendek, sementara sebagian yang lain memandang ada pada wanita yang tinggi. Sedangkan sebahagian lainnya memandang kecantikan terletak pada warna kulit, baik coklat, putih, kuning dan sebagainya. Sebagian lain memandang bahwa kecantikan itu terletak pada keindahan suara dan kelembutan ucapannya. Demikianlah, yang jelas disunahkan bagi setiap orang untuk menikahi wanita yang ia anggap cantik sehingga ia tidak tertarik dan tergoda pada wanita lain, sehingga tercapailah tujuan pernikahan, yaitu kesucian dan kehormatan bagi tiap-tiap pasangan. tentang-pernikahan.com -

Sumber: Fikih Keluarga, Syaikh Hasan Ayyub, Cetakan Pertama, Mei 2001, Pustaka Al-kautsar
Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

Waktu Dhuha..

Alahamdulillah..sehingga hari ini aku diberi kesempatan untuk terus bernafas menghirup udara yang segar. Bunyi-bunyi burung berterbangan mengasyikkan lagi mood aku untuk menulis. Cuaca pagi yang cantik aman dan damai menaikkan aura positif dalam diri.. Wah nikmat nya dapat pulang ke rumah dan menikmati kehidupanku di rumah.. Sedang aku asyik menelaah menghayati sebuah buku dari Telaga Biru yang bertajuk Gen-Q edisi baru..Tiba-tiba aku ternampak satu tajuk yang menarik minat aku untuk membacanya.. Teks nya telah memberikan aku motivasi dan semangat untuk terus berjihad di jalan Allah.. Dalam teks itu terungkai rahsia pada waktu pagi.. Benar.. waktu pagi sememangnya cantik ditambahi dengan bunyian burung yang asyik sibuk mencari rezeki untuk anaknya menggamitkan suasana pada waktu pagi.. Namun ada rahsia disebalik waktu itu.. waktu itu dipanggil waktu dhuha . Dimana Allah telah bersumpah dipermulaan surah al dhuha dengan waktu dhuha.. Sumpah Allah pada surah itu bukan mainan ataupun mitos semata.. Tetapi ianya benar belaka.. "aku berjaga sampai lewat malam untuk mengulang kaji pelajaran. Namun , tiada perubahan yang maksimum untuk usaha aku ini . Adakah ada waktu yang lebih berkat untuk aku lakukan semua ini ? " -Ya semangnya ada dan waktu dhuha ini lah jalan penyelesaian untuk semua ini. Hanya dengan solat sunat dhuha dua rakaat dapat menenagkan fikiran kita.. dapat membuatkan kita lebih berfikir dengan tajam .. Roh solat dhuha dapat menjernihkan fikiran kita dari segala kekusutan. Pada waktu ini lah insyaallah apa sahaja doa kita akan dimakbulkan.. Tetapi dengan syarat ikhlaskan hati sebelum melakukannya.. Apa yang tertulis ini merupakan peringatan untuk diri sendiri yang mudah lupa dan juga buat renungan untuk pembaca ruangan ini.. JOM SOLAT DHUHA :)
Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

DEMINYA.

DemiNya ku tinggalkan mu sementara Walaupun diri ini sukar untuk melupakanmu Namun apakan daya Antara engkau denganNya Dialah segala-galanya Biarlah kita berpisah dahulu Membawa halu tuju masing-masing Menggapai cita-cita Bila tiba saatnya Kita pasti bersua Di saat itu aku bersedia menerimamu Sebagai teman hidupku... ^_^
Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

Jodoh ? usah mencari yang terlalu SEMPURNA:)



Jika kamu memancing ikan, Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja, Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh.cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak,tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL..

p/s : Terasa dimotivasi tak ? ceritera ini diambil dari facebook group "seandainya kau catatkan dia milikku , satukanlah hatinya dengan hatiku"
Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

Aku bukan seperti masa silamku.

Bermula dengan celiknya mata di pagi hari.. hingga terpejamnya mata di waktu malam.. Setiap manusia akan berhadapan dengan bermacam-macam pilihan. Nak bangun pukul berapa?? Nak pakai baju warna apa?? Nak makan apa ?? Nak buat apa hari ini?? Nak pilih yang mana satu ?? Lihat . Banyak kan pilihan yang kita boleh buat. Semuanya terpulang pada diri kita sendiri untuk memilih sama ada itu dan ini. Pendek kata, aktiviti membuat pilihan bukanlah suatu yang asing tetapi sudah sebati dan menjadi rutin kita.

Sebab itu jalan cerita kehidupan setiap manusia berbeza. Ada zaman silamnya dipenuhi dengan noda dan dosa. Ada pula yang dilimpahi 1001 kenangan manis terindah. Dan ada yang diselingselikan dengan pelbagai ujian dan cabaran sehingga membuatkan jiwa seseorang insan itu begitu kental sekali menghadapinya. Namun begitu, saya percaya kita sebagai tidak akan lepas dari ujian , dugaan dan cabaran dalam kehidupan.

Tetapi, dalam banyak-banyak aktiviti memilih jalan kehidupan yang paling susah ialah sama ada mahu memilih islam yang jelas sebagai jalan hidup atau menelusuri jalan jahiliyyah yang penuh tipu daya.

Apakah yang dimaksudkan dengan jalan-jalan ini?

Apabila kita memilih islam sebagai jalan hidup, secara automatiknya kita sedang menjauhi jalan jahiliyyah. Dan apabila kita tidak memilih islam sebagai jalan yang patut dilalui, secara automatik jugalah kita sedang menjejak di jalan jahiliyah.
Jadi, Allah pilih kita untuk lakukan sesuatu mesti Dia tahu kita boleh lakukan.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah ayat 286)


Kalau tak, kita tak akan dipilih oleh-Nya untuk terus hidup di muka bumi ini. Walaupun diri kita ini kotor, jijik dan penuh berdosa namun kita tetap masih ada peluang untuk berubah menjadi lebih baik. Kadang-kadang orang yang dulunya jahat sentiasa berlumuran dengan dosa adalah orang yang lebih baik daripada orang yang baik.Betul tak? Biarkan hati sembuh dari luka lama.Jangan biarkan diri terus dihimpit luka yang tak sudah. Bangkitlah semula. Buktikan kepada Allah kita hamba yang reti bersyukur kepada-Nya. Kita tidak akan sesekali mensia-siakan peluang bertaubat yang diberi-Nya berkali-kali.

"Orang yang BERJAYA ialah orang yang MEMAKSA DIRInya BERUBAH manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!"

Hidup ini adalah perubahan. Kata bijak pandai, yang tidak berubah hanyalah perubahan. Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal.

Dan kita bukan seperti masa silam. Kita adalah kita yang sekarang!

ILUVISLAM.
Keterpaksaan kunci kepada keikhlasan!
Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

TENTANG RASA VANILLA COKLAT

Aku tersesat menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
'tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya...

SAYA SUKA LESTARY VANILLA COKLAT :p
Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

Awesome friends .



Pelajar Kuliah Bahasa Melayu KISAS


Sahabat sampai syurga !
Semoga kita semua berjaya dalam STPM.
ILYASM :DD
Man Jada Wajada .
Aina + Bella + izah + alin + maria + shada + amalina + shida + fatin
GOOD LUCK !

Seterusnya , nak habaq siket . Ce ramai-ramai dengaq lagu ni. Insyaallah tenang. Banyak maksud lagu ini . Cuba hayati ya.

Hakikat Bahagia
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

SEKIAN .
Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

rencah hidup..

Assalamualaikum.
Alhamdulillah berakhir juga siang untuk hari ini. Dalam menjalani kehidupan kita sehari-hari macam2 boleh terjadi tanpa kita rancang . Kadang2 benda tu kita tak mahu pun . Tapi ia tetap datang dan menimpa diri kita. Tidak kira perit pedih mcm mana pun ia tetap datang menimpa kita. Penat kita meminta Ya allah aku tak mahu itu dan ini..Tapi Allah SWT tu maha kuasa dia beri kita apa yang kita tidak mahu. Ada hikmah disebaliknya. Kadang2 apa yang kita tidak mahu, benci sebenarnya itu lah yang terbaik untuk kita. Allah SWT adalah sebaik2 parancang , penentu kepada kita.

Apa yang bermain di minda saya tika ini, saat ini , hari ini ialah pak cik saya.
Paman khisam. Saat kita sedang bergembira , bergurau senda bersama keluarga kdg2 kita tak sedar ada segelintir saudara kita yang sedang berada dalam keadaan susah. sakit? koma? atau apa sahaja.



Paman ..
saya harap paman sedar cepat. Kuatkan diri. Ingat Allah. Cik pidah, Embah , Mak Ayah , paman budin, Wak edah , wak hashim semuanya sayang paman. nak paman sedar cepat. Terutamanya anak2 paman.. Ely , Yanie , wafi , wazir , amni dan anak paman yang baru. Dia perempuan tau. Baru lahir. comel sangat. Dia nak jumpa ayah dia jugak. Jadi, paman cepatlah sedar ya.. Mereka semua tunggu paman. Dah dekat dua bulan ni paman tak sedarkan diri..

Tadi saya melawat paman kat hospital dengan mak dan abang. Alhamdulillah paman macam dah oke walaupun masih tak sedar 100% . Mate paman sebelah kanan dah boleh bukak. Tapi mate nya sekadar buka sahaja. Tapi tak apa paman . Usaha lagi.. ! mesti boleh kan. Paman sangat kurus sekarang. Tak macam dulu. Tapi tak apa nanti paman sedar dah sembuh paman makan banyak2 ya. Yang penting paman sedar dulu. Boleh bernafas sendiri pun dah cukup. Saya faham perasaan mak, cik ton , embah , wak edah yang menagis risaukn paman.. walaupun saya tak boleh buat apa2..



Semua orang tunggu paman sedar.. nak dengar paman gelak .. marah anak2 buah .. nasihat kami.. kerja macm biasa .. hantar yani balik asrama naik estima.. lembu2 dan kambing2 pun rindu paman.. cepat sedar ya paman ..

lots of hope.
Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

Ya Allah..





Ya Allah..
Yang membolak-balikkan hati kami. ku berharap, bila ada cinta hadir menyapaku, Ianya tidak akan membuatkan aku terlupa padaMU ya Allah. Ianya membuatkan aku terus dekat padamu Ya Allah. Sesungguhnya aku tidak mahu kehilanganMU ya Allah. Kau lah yang memberi Cinta pada setiap hati-hati yang hidup di muka bumi ini Ya Allah.


Ya Allah..
Selama ini aku hanya berharap, semoga dapat mencintai orang yang memiliki cinta luar biasa pada-Mu. Yang taat padamu. Yang sentiasa menegurku bila aku khilaf. Yang tidak melebih-lebihkan diriku.


Ya Allah..
Selama ini aku juga berharap, semoga akan dicintai oleh orang yang dapat mengarahkanku menuju keredhaan-Mu dan mengubah hidup ku menjadi lebih baik.


Pintaku Ya Allah..
Izinkan aku memiliki rasa ini hingga ia menjadi indah di dada kami, tanpa menghilangkan rasa cinta kami pada-Mu. Tanpa ada rasa jemu dihati kami.
Redhakan nya Ya Allah .
Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)

Jadual balik dan outing KISAS ?




Assalamualaikum .


hai . wiwit lama tak update ruangan ni. hihi. Bukan apa malas .
Terasa nak share tentang Jadual balik bermalam dan outing KISAS. hihik
Jadual da dikeluarkan so bila saya tengok haish. Rasa happy ke? mestilah tidak!
hihik. Jahat jahat nya saya >.< Tak apa tak berdose kot. Nak tengok jadual nya ada kat wall saya. Bukan apa jadual mcm tahun lepas suka berubah. Kadang da last minute orang da booking ticket boleh pulak cancel cuti. Hot gila time tuh . Tepacak ja kat dorm .

Wiwit . Tahun depan Big boss KISAS pencen! Mintak-mintak apa yang kurang dan tertunggak di KISAS dapat diubah kepada yang lebih baik. Kami berharap kepada Big boss yang baru nanti :)

Than CIKGU NANI BM pun akan pencen jugak tahun depan .
Mak aih semua nak pencen . Tahun depan pun saya pencen jugak . wuwuh tak sabar tak sabar nak pencen. kihkih ! Tapi sayang pula dengan suasana KISAS . Walaupun cikgu-cikgu macam H_R_M_U. Garang-garang! Tapi baik . Tak apa untuk kebaikan jugak kan.

Belum sekolah da pikir cuti. Ish3. Mana ada saja nak survey jadual nya.hihi.
Maybe tahun depan tak selalu balik kot. kalau selalu sebulan sekali balik.Tu pun tak tentu. Tapi maybe tahun depan dua bulan sekali kot balik. haha. Ustaz kata pelajar cemerlang biasanya tak selalu balik rumah. Even cuti depa akan stay jugak di hostel. kihkih *saya nak jadi pelajar cemerlang maybe da tak selalu balik tahun depan* yeye je! kang tension MUET terus nak balik rumah. Itu lumrah laa tension2 ni. Cool ja!
Tak apa*DEMI SCHOLARSHIP:)


heh, tu ja kot nak bebel. k la wassalam :)
Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya.Like kalau suka:)